Premis Vik2ria Secret

Viki, seorang anak yatim piatu yang menuju ke Kampung Honi dengan penuh gembira, namun diuji dengan dugaan. Dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi rakan karib sekaligus membuka butik pakaian dalam wanita yang diberi nama 'Vik2ria Secret'.

Tok KK, ketua kampung yang sedang rancak mahu bertanding untuk wakil tempatan (YB) dan seteru mereka ialah Zamri. Peluang cerah muncul buat Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik tersebut. Tok KK bertindak secara tidak rasional dan menimbulkan kemarahan Viki yang kurang senang dengan dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK, kononnya tindakan mereka mempunyai agenda yang merosakkan akhlak penduduk kampung.

Berkaitan